PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini secara rasmi menyertai Kerajaan Perpaduan.

Katanya, perkara itu dimaklumkan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Dengan perkembangan terbaru itu, kerajaan secara jelas mencapai kekuatan dua pertiga sokongan Ahli Parlimen, termasuk penglibatan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Hajiji memaklumkan bahawa GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan.

“Ini bermakna kekuatan induk kita, termasuk GPS, kini sudah cecah dua pertiga sokongan Ahli Parlimen, yang akan perkukuh kestabilan politik negara,” jelasnya pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Terdahulu, beliau memulakan tugas hari pertamanya secara rasmi dengan mengimbas kad perakam waktu sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Tambahnya, ketika ini, kerajaan yang akan diketuai beliau akan menumpukan perhatian kepada usaha untuk mengangkat martabat negara.

Pada masa sama, usaha untuk memperkukuh ekonomi juga akan digerakkan bagi membela nasib rakyat.

Semalam, Anwar menjemput parti serta gabungan politik lain untuk mendukung Kerajaan Perpaduan bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh mentadbir Malaysia.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker