Ini sebab PN ditolak – Zahid

Ini sebab PN ditolak – Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata, hayat politik Barisan Nasional (BN) dan Umno akan berakhir jika membentuk kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Zahid yang juga presiden Umno itu berkata, pihaknya perlu memperhalusi dan berfikir panjang jika ingin menjalin kerjasama politik dengan PN, terutamanya Bersatu, demi kepentingan parti.

“Kita tahu Bersatu mahu ‘membunuh’ Umno, begitu juga dengan PN, mahu ‘bunuh’ BN sebab 73 kawasan dimenangi mereka ialah kerusi majoriti Melayu, (di mana) Umno juga bertanding.

“Jadi untuk jangka panjang, kalau kita bersama dengan PN, maka Umno akan berakhir hayat politiknya,” katanya, menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, kesemua 30 Ahli Parlimen BN dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, diikuti 23 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Susulan pertemuan itu, Zahid memaklumkan bahawa Agong menitahkan agar BN mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Zahid berkata, semua calon BN telah menandatangani surat akuan bersumpah yang memberi kuasa kepada beliau sebagai pengerusi untuk membentuk kerajaan atau bergabung dengan mana-mana pihak setelah perbincangan diadakan di peringkat pimpinan tertinggi BN dan Umno.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat kepada Agong yang kononnya menyatakan 30 Ahli Parlimen BN sebulat suara memberikan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Zahid turut mengakui bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, pada 21 Nov lalu manakala dengan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam. FMT

Ini sebab PN ditolak – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker