Janna Nick kena lagi

Janna Nick kena lagi

Sedia maklum, ketika ini pelakon dikenali ramai iaitu Janna Nick sedang membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan dan hal ini turut dikaitkan dengan kisah hubungannnya bersama teman lelaki, Dini Schatzmann yang didakwa telah berakhir.

Susulan itu, bagi menenangkan hati yang sudah rapuh, Janna mengambil keputusan untuk pergi bercuti ke negara Eropah.

Bagi berkongsikan perkembangan dirinya di sana, pelakon tersebut telah memuat naik satu foto dirinya berada di hadapan bangunan putih sambil membuat ‘pose’ yang agak mengundang.

Lagi membuatkan ia mendapat perhatian kerana pakaian yang dipakai olehnya kelihatan menjolok mata dan skirt yang dipakai juga kelihatan singkat serta ketat hingga menampakkan susuk tubuh badannya.

Hal tersebut telah membuatkan ramai netizen tidak senang duduk dan ‘panas’ mata melihat pelakon beragama Islam berpakaian sedemikian dan menegur Janna agak ingat pada Allah SWT jika mahukan ketenangan.

Biarpun menutup ruangan komen di Instagram, netizen mengambil peluang meninggalkan komen kecaman di ruangan portal hiburan yang memuat naik semula foto terbabit. Bn

Janna Nick kena lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker