Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan

Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan

Semua pihak harus menolak dan menghalang perbuatan ‘Langkah Sheraton’ berulang lagi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mendedahkan, aktiviti ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak hebat secara senyap yang dilakukan di peringkat bawah.

Oleh itu, beliau menggesa semua pemimpin parti politik menjunjung semangat dan objektif undang-undang dan Akta Anti Lompat parti dengan penuh ikhlas dan penuh kesucian hati demi kestabilan politik negara.

Beliau berkata, negara telah melalui pelbagai konflik lompat parti disebabkan angkara ahli Parlimen yang bertindak membelakangi parti yang mereka sendiri wakili.

Disebabkan itu, adalah wajar dan tepat langkah Parlimen membuat keputusan untuk mengubal undang-undang Anti Lompat Parti agar tiada lagi peristiwa seperti lompat melompat ini terjadi.

Bagaimanapun, katanya, pentafsiran undang-undang ini terus menjadi konflik sekali lagi apabila ada pandangan dan pakar-pakar perundangan yang mentafsirkan surat akaun bersumpah (SD) diperlukan oleh setiap ahli Parlimen untuk menyokong ketua kerajaan yang bakal dilantik.

Sedangkan, pemahaman rakyat, apabila adanya akta ini, setiap ahli Parlimen tertakluk untuk akur kepada parti yang mereka wakili, tiada lagi agenda dan perbincangan secara sulit dibelakang tabir yang akan mengugat kestabilan dengan kewujudan kerajaan ataupun ketua kerajaan.

Namun, sebaliknya, ahli politik dipandang keji dan hina kerana terpalit dengan pertimbangan individu membuat keputusan demi kepentingan pihak tertentu dan bukan kepada konsep kepartian yang diamalkan dalam sesebuah kesatuan, ujar beliau. MG

Gerakan ‘kerajaan pintu belakang’ sedang bergerak secara senyap – Razlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker