Baik BN jadi pembangkang – Hishammuddin

Baik BN jadi pembangkang – Hishammuddin

Lebih ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menzahirkan kesediaan untuk menjadi pembangkang dan menyerahkan kepada gabungan yang memiliki kerusi lebih besar untuk membentuk kerajaan.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau turut mengesyorkan BN berperanan sebagai pembangkang.



“Terdapat banyak spekulasi ketika ini tentang apa yang sedang berlaku. Dalam apa juga formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi.

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Beliau berkata, akan akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya; serta akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain.

Malam tadi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menzahirkan perkara sama supaya UMNO dan BN yang hanya memenangi 30 kerusi Parlimen bertindak sebagai pembangkang.



Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau juga mengesyorkan supaya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bergabung membentuk kerajaan. BH

Baik BN jadi pembangkang – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh



Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker