Muhyiddin atau Anwar PM?

Muhyiddin atau Anwar PM?

Salah seorang daripada dua nama ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Ia selepas gabungan parti yang dipimpin mereka, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai jumlah kerusi tertinggi untuk membentuk kerajaan baharu seandainya mendapat kerjasama beberapa parti lain.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berpendapat kedua-dua pemimpin itu mempunyai peluang untuk dilantik sebagai Perdana Menteri berdasarkan pengaruh dan sokongan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, berdasarkan jumlah kerusi terbanyak yang diperoleh PH dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Anwar mempunyai peluang yang lebih tinggi berbanding Muhyiddin yang juga Pengerusi PN.

“Tapi perlu dilihat, kita pernah berada dalam pemerintahan PH selama 22 bulan, banyak perkara berlaku dan masalah yang timbul serta ketidakharmonian dihadapi.

“Walaupun Anwar calon Perdana Menteri popular tetapi calon daripada PN turut boleh dipertimbangkan menjawat jawatan utama itu memandangkan parti terbabit juga menang banyak kerusi di Parlimen.

“Sekiranya PN dapat membentuk kerajaan, Muhyiddin dilihat sebagai calon terbaik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri semula berdasarkan kestabilan politik serta ekonomi yang dibawa ketika pemerintahannya sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memilih calon Perdana Menteri baharu yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Istana Negara dalam kenyataan meminta gabungan parti politik mengemukakan nama seorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10 sebelum jam 2 petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dipetik berkata, dokumen dikemukakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Justeru, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua parti dan ketua gabungan parti politik dengan jumlah kerusi yang banyak memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi pembentukan kerajaan baharu.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Izani berkata, kejayaan Pas memperoleh jumlah kerusi yang paling banyak dalam gabungan PN turut tidak boleh dinafikan untuk parti itu meletakkan calon Perdana Menterinya.

“Walaupun pencapaiannya lebih besar daripada Bersatu dalam PRU-15 ini, tetapi setakat ini Pas belum menamakan sesiapa daripada parti itu untuk menjadi calon PM selain dilihat tiada calon berpengalaman dan bereputasi tinggi untuk memimpin negara,” katanya.

Sementara itu, Pakar Geostrategik Prof Dr Azmi Hassan berkata, hanya dua gabungan utama, PH dan PN yang dilihat mampu membentuk Kerajaan Persekutuan dan mempersembahkan nama calon Perdana Menteri mereka.

Menurutnya, perbezaan jumlah kerusi Parlimen yang rendah membuatkan kedua-dua parti itu mempunyai potensi membentuk kerajaan campuran dengan parti lain.

“Salah satu permutasi paling mudah adalah PH dan BN, namun kemungkinan ini tidak akan berlaku.

“Satu lagi permutasi adalah PN bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Umno Sabah, Warisan atau Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Bebas,” katanya.

Menurutnya, hakikatnya tidak mengejutkan apabila tiada parti mendapat majoriti dalam PRU-15 tetapi yang mengejutkan apabila PN berjaya memenangi banyak kerusi Parlimen.

Lebih mengejutkan, katanya, Pas memenangi jumlah kerusi yang banyak.

Berikutan itu, Dr Azmi berkata, sekiranya PN membentuk kerajaan, sudah pasti kabinet akan dikuasai Ahli Parlimen daripada Pas kerana mereka mempunyai kerusi terbanyak. HM

Muhyiddin atau Anwar PM?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker