Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan

#PRU15

Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal berlangsung tidak lama lagi. Mungkin ramai yang teruja untuk membuang undi pada 19 November nanti bagi memilih pemimpin untuk mentadbir negara.

Justeru, anda boleh membuat persiapan awal termasuk dokumen perlu ada.

Umum mengetahui kad pengenalan atau MyKad (identity card-IC) adalah salah satu dokumen yang perlu ada. Bagaimana pula jika dalam situasi ini ada yang kehilangan kad pengenalan?

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjelaskan terdapat beberapa dokumen pengenalan diri lain yang boleh anda bawa sewaktu hari pengundian.

“ALAMAK TERLUPA BAWA KAD PENGENALAN (MYKAD)! ADAKAH PERLU PATAH BALIK KE RUMAH?”

“Sabar! Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi. Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi,” jelasnya menyenaraikan lima dokumen lain yang boleh digunakan.

Selain MyKad, anda boleh menggunakan:

1.Pasport

2.Lesen memandu

3.Dokumen Pengenalan Sementara (JPN. KPPK09)

4.Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN. KPPK11) (disahkan Jabatan Pendaftaran Negara)

Selain membawa dokumen pengenalan, penting untuk anda mengetahui lokasi pusat mengundi. Perkara ini mungkin mengelirukan terutama bagi pengundi kali pertama terutamanya yang berumur 18 tahun.

Anda boleh menyemaknya di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilihPapar

Semoga bermanfaat! SPlus

Tanpa IC boleh mengundi, ini 5 dokumen lain boleh digunakan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker