Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo melawat pusara bekas kekasihnya sempena ulang tahunnya yang ke-26 di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, di sini pada Isnin.

Pablo yang menetap di Johor meredah hujan pada Ahad malam untuk melawat pusara Syazlin di sini.

“Selamat hari jadi sayangku Syazlin Suhaizan Zainal 14/11/1996. Akan ku abadikan senyumanmu yang indah itu di dalam hati ini meskipun sekarang sayang sudah terlalu jauh dari saya, namun dekat di sisi Allah SWT.

“Tenanglah di sana. Al Fatihah,” tulisnya akaun media sosial miliknya.

Rakan-rakan terdekat dilihat turut menziarahi pusara Syazlin sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Malah, mereka dilihat turut menenangkan Pablo yang masih lagi terkesan dengan pemergian pelakon wanita itu.

Allahyarham Syazlin, 26, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, malam Jumaat lalu. HM

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker