PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi

#PRU15

PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi

PAS lebih rela jadi pembangkang jika tidak berjaya membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) berbanding bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang masih dipimpin mereka terpalit kes rasuah.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata partinya sudah biasa menjadi pembangkang dan ia bukan perkara asing.



“PAS jadi pembangkang puluhan tahun tak jadi masalah. Kita tak mahu kerajaan tak bersih…kita berprinsip, bukan parti yang hanyut.

“Kita (PN) mahu menang sendiri dengan majoriti 2/3 atau majoriti mudah, jadi tak perlu kepada kerjasama orang lain dan bila orang nak datang kepada kita selepas itu kita alu-alukan kalau mereka nak buat perubahan bersama melalui kerajaan PN yang menawarkan kerajaan bersih dan stabil,” katanya pada sidang media selepas program santai petang bersama penduduk Tangga Batu di Taman Desa Cheng Perdana.

Ditanya sama ada PAS sedia bentuk kerjasama dengan BN jika mereka yang menang pilihan raya terdiri kalangan yang “bersih”, Hadi berkata perkara itu akan diteliti selepas PRU15.

Diminta mengulas kenyataan Takiyuddin Hassan bahawa PN sedia bekerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan, Hadi berkata kenyataan setiausaha agung PAS itu merujuk kepada keputusan PAS sebelum Parlimen dibubarkan.



Hadi berkata, isu itu tidak lagi berbangkit selepas Parlimen dibubarkan kerana BN tidak berjaya menggantikan pemimpin yang tidak bersih dan fokus PAS bergerak bersama PN untuk menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Katanya, PAS bersama PN menumpukan usaha menubuhkan kerajaan secara bersendirian termasuk membentuk kerjasama dengan parti di Sarawak dan yakin ia akan dicapai. FMT

SOMBONGNYA PAK LEBAI

PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?



Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker