Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin

#PRU15

Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau menemui pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Saya tak pernah jumpa pemimpin PAS ataupun Bersatu untuk membincangkan kerjasama selepas PRU15. Lagi satu fitnah tanpa bukti dari Anwar (Ibrahim),” katanya di Facebook.

Beliau merujuk laporan Anwar mendakwa pemimpin PN menemui Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dan beliau untuk berunding kemungkinan menjalin kerjasama selepas PRU15.

Mohamad sudah menafikan dakwaan itu dengan berkata, beliau tidak tahu mengenai sebarang rundingan antara pemimpin BN, PAS dan Bersatu seperti yang didakwa Anwar.

Sementara itu, Hishammuddin turut membidas Anwar terus mendiamkan diri apabila diminta membuktikan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaannya anggota tentera di Bera, Pahang, yang mengundi awal untuk PRU15 dibayar RM300.

“Hari itu fitnah tentera terima RM300 untuk undi pos. Suruh bagi bukti dekat pihak berkuasa untuk siasat, terus diam. Ni lagi satu. Waspadalah.”

Menteri pertahanan sementara itu berkata, tindakan Anwar itu bermula selepas ketinggalan dalam saingan PRU15 menjelang hari pengundian pada Sabtu ini. FMT

Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button