Bapa mengaku tak bersalah pukul anak guna paip PVC

KUALA LUMPUR: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas anak perempuannya berusia 16 tahun, dua bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh Amin Husaini Tan Abdullah, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anak perempuanya berusia 16 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Ampang Jaya, pukul 6 petang pada 9 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, tertuduh memukul anaknya itu dengan menggunakan paip Polyvinyl Chloride (PVC).

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Zulhasnan mencadangkan jaminan RM8,000 dengan dua penjamin.

Namun peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah.

“Tertuduh mempunyai 10 orang anak dan tidak bekerja atas faktor usia serta kesihatan, wang jaminan RM8,000 yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi, oleh itu tertuduh memohon jaminan rendah,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Disember ini untuk sebutan kes

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker