Kesatuan pelajar UM tawar jadi penganjur debat Najib-Anwar

Kesatuan pelajar UM tawar jadi penganjur debat Najib-Anwar

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMSU) sedia menjadi penganjur debat di antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung isu Sapura Energy Bhd (Sapura Energy).

Kesatuan itu dalam satu kenyataan berkata, sebagai badan berkecuali mereka lebih sesuai untuk menganjurkan perdebatan berkenaan.



“Sebagai sebuah badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan meraikan pendapat, kami ingin menawarkan diri menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air ini.

“KMUM menawarkan untuk menjadi penganjur debat awam atas kapasiti organisasi ini sebagai entiti neutral dan mampu untuk memberi keyakinan kepada penonton dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Najib telah mencabar Anwar untuk berdebat sebagai menjawab cabaran yang sama daripada Rafizi Ramli dari PKR.

Najib telah menawarkan supaya kedua-dua individu itu bertembung dengannya di pentas perdebatan dengan Rafizi bertindak sebagai penasihat Anwar.



Anwar menerima cabaran itu semalam, dan berkata pendiriannya kekal tidak berubah sejak pertama kali mencabar Najib untuk berdebat mengenai ekonomi lebih sedekad lalu, yang akhirnya tidak berlaku.

Najib mahu debat itu disiarkan secara langsung, dan beberapa agensi media dilaporkan sedang berbincang untuk menganjurkan acara itu.

Sapura Energy ialah syarikat senarai awam yang telah menerima pelaburan besar daripada syarikat milik kerajaan iaitu, Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang bertanggungjawab ke atas dana seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Malaysia.

PNB memegang 40 peratus kepentingan dalam Sapura Energy, yang telah meningkat lebih daripada 10 peratus pada 2018 kerana ia terus menyalurkan wang ke dalam firma yang menghadapi kemelut kewangan itu.



Bagaimanapun, Sapura Energy baru-baru ini memerlukan bantuan kewangan seterusnya yang menimbulkan banyak persoalan sama ada PNB perlu menyuntik dana lagi untuk mengeluarkan firma itu daripada masalah kewangannya.

Najib telah mencadangkan bantuan kerajaan untuk Sapura Energy, manakala Rafizi berkata pengurusan baru syarikat itu boleh menyelesaikan masalah sendiri. Mk

Kesatuan pelajar UM tawar jadi penganjur debat Najib-Anwar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap



Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker