Kilang Haram e-sisa Di kampung Orang Asli Disyorkan Dirobohkan – JAS

Kilang Haram e-sisa Di kampung Orang Asli Disyorkan Dirobohkan – JAS

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesyorkan supaya kilang kitar semula e-sisa yang beroperasi secara haram di Kampung Orang Asli Mikang, Muadzam Shah di Rompin sehingga menimbulkan pencemaran bau dirobohkan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataan di sini pada Selasa memaklumkan syor itu diajukan kepada pihak berkuasa tempatan melalui Jawatankuasa Tindakan Daerah atas alasan aktiviti itu tidak sesuai di lokasi berkenaan.

“JAS telah mengeluarkan arahan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap premis terlibat mulai semalam, selain turut mengeluarkan empat kompaun ke atas pemilik tanah,” menurut kenyataan itu.

KASA juga memaklumkan siasatan di premis berkenaan juga menemui alat pembakaran bahan api yang dilengkapi dengan cerobong dan dua alat janakuasa dipercayai digunakan untuk meleburkan e-sisa iaitu papan litar, wayar elektrik dan elektronik untuk dijadikan jongkong.

Sehubungan itu, lima sampel bahan mentah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis komposisi kimia.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A dan 34aB Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi aktiviti menerima, menempatkan, meletakkan dan meleburkan e-sisa tanpa kelulusan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Orang awam diminta melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau menerusi e-mel ke [email protected] serta melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

— BERNAMA

Kilang Haram e-sisa Di kampung Orang Asli Disyorkan Dirobohkan – JAS


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahu bercuti atau pilih balik kampung?

Penularan Covid-19 bukan tiket sebar ajaran sesat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker