Adik maut dilibas abang guna parang sabit

Adik maut dilibas abang guna parang sabit

Seorang lelaki maut dilibas parang sabit yang dibawanya sendiri ketika bergaduh dengan abang kandungnya di hadapan rumah di Jalan Landeh Batu 10 di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku jam 7.30 malam itu dengan mangsa yang berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak.



Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mengesahkan kejadian berlaku apabila suspek, 60, didatangi adiknya yang membawa senjata berkenaan dalam keadaan marah dan disyaki dipengaruhi alkohol.

Beliau berkata, mangsa terlebih dahulu cuba menyerang abangnya tetapi senjata terbabit berjaya dirampas, sebelum suspek melibas kembali senjata itu yang mengenai betis sebelah kiri mangsa.

“Mangsa yang mengalami pendarahan segera pulang ke rumahnya yang terletak bersebelahan, sebelum dihantar ibu kandung ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapat rawatan.

“Pada masa sama, suspek bergegas ke Balai Polis Batu 10 Padawan membuat laporan menyatakan dia cuba diserang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Abang Zainal berkata, ketika diambil keterangan, polis dimaklumkan mangsa yang dirawat di HUS sudah meninggal dunia, sebelum suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati tiada kecederaan lain dialami mangsa kecuali luka pada betis sebelah kiri berdekatan lutut dan suspek sudah membuang senjata digunakan di kawasan semak berdekatan rumahnya.

“Sehingga kini siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti punca pergaduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan,” katanya. BH

Adik maut dilibas abang guna parang sabit




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor



Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker