Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi

Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertahankan pelantikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia, sebagai wajar dan layak memegang jawatan itu.

Mengulas kritikan sesetengah pihak mendakwa pelantikan Khaidhirah atau Dira sebagai pengerusi majlis penasihat itu sebagai lantikan politik, Zahidi berkata, tidak ada masalah untuk melantik ‘orang politik’ yang layak.

Beliau berkata, Khaidhirah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka adalah seseorang individu yang mudah didekati oleh masyarakat, justeru lebih banyak komen membina dapat diterima daripada orang awam bagi menambah baik bidang perfileman.



“Apa masalah lantik orang politik? Kebanyakan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), penasihatnya kita lantik bekas pesara kerajaan, pesara politik dan orang politik.

“Itu menjadi kebiasaan untuk dilantik kerana mereka layak,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Jasamu Dikenang 2022 Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November, tahun lepas, Dira memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim sekali gus melakar sejarah sebagai selebriti pertama bergelar wakil rakyat.

Sebelum menyertai politik, Dira aktif dalam dunia lakonan.



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia bagi menggubal dasar-dasar lebih proaktif ke hadapan untuk membantu pemain industri pada pada 17 September lalu. BH

Apa masalah Dira dilantik? – Zahidi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker