Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa

Dakwaan dangkal

Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa

Pemuda Bersatu hari ini membalas kritikan Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan yang menggesa Muhyiddin Yassin “cermin diri” terlebih dahulu sebelum melemparkan label kegagalan terhadap Ismail Sabri Yaakob dalam menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

Ketua penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir mendakwa Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah memberi banyak nasihat kepada kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi termasuk isu kejatuhan nilai ringgit bagaimanapun ia tidak diendahkan perdana menteri.



“Apa yang Muhyiddin kata ialah kerajaan kena tengok kesan kejatuhan nilai ringgit ke atas kos sara hidup rakyat sebab kita banyak import barangan makanan. RM63 bilion setahun. Kalau nilai ringgit jatuh, harga makanan akan jadi makin mahal. Jadi apa tindakan kerajaan nak atasi masalah ini? Muhyiddin tanya saja, jawablah dengan tertib.

“…sebab Muhyiddin dah banyak kali juga bagi cadangan sebagai pengerusi MPN tapi kerajaan Ismail tak buat apa-apa, rakyat boleh nilai menerusi laporan-laporan media. Shahril janganlah jawab macam menteri kewangan itu, oh nilai ringgit jatuh baguslah pengeskportan gembira sebab boleh jual barang eksport dengan harga yang lebih kompetitif.

“‘Come on lah’, berapa ramai rakyat kita yang eksport barang ke luar negara? Fikirlah rakyat sikit, rakyat tengah susah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Shahril tidak sepatutnya membangkitkan kononnya 100,000 syarikat ditutup disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) era pemerintahan Muhyiddin sedangkan Umno sendiri waktu itu mendesak supaya kerajaan menutup kilang dan syarikat besar.



“Dia (Shahril) lupa ke masa PKP dulu, Pemuda Umno lah yang kuat melalak suruh kerajaan tutup kilang, tutup kedai, tutup pejabat. Muhyiddin tak tunduk kepada desakan pemuda Umno. Kilang-kilang, perusahaan dan perniagaan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu tak ditutup.

“Sekarang bukan musim PKP lagi. Ekonomi dah dibuka. Tapi kenapa masih ada syarikat dan kilang yang tak dapat beroperasi sepenuhnya? Kedai mamak pun sekarang banyak tutup. Ladang sawit pun buah busuk macam itu saja sebab tak ada pekerja nak kutip buah.

“Isunya sebab kekurangan tenaga kerja. Apa yang perdana menteri buat untuk atasi masalah ini? Apa yang Shahril sebagai pegawai ekonomi perdana menteri nasihat untuk selesaikan masalah ini. Sudah lebih setahun dah adi perdana Covid-19 sudah tidak ada tapi masalah ekonomi makin meruncing,” soalnya.

Terdahulu, Shahril menggesa Muhyiddin “cermin diri” terlebih dahulu sebelum melemparkan label kegagalan terhadap Ismail yang mengambil alih pentadbiran negara selepasnya.



Ia susulan dakwaan Muhyiddin berhubung ketidakprihatinan perdana menteri terhadap isu kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat, di mana 61% daripada mereka berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60).

Muhyiddin turut menyarankan Ismail membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik. FMT

Pemuda Bersatu dakwa Muhyiddin beri nasihat tapi Ismail tak buat apa-apa


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti



Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker