Syahida rangkul 4 emas, 4 rekod kebangsaan

Sukma 2022

Syahida rangkul 4 emas, 4 rekod kebangsaan

Atlet Terengganu, Syahida Asyiqin Rusli berpeluang untuk bergelar Olahragawati Sukan Malaysia (Sukma) 2022 selepas menutup tirai acara kayak dengan memenangi empat pingat emas dan empat rekod kebangsaan.

Syahida yang tampil kali pertama di Sukma, meraih emas dalam acara K1 1,000 meter (m) wanita pada Ahad dengan catatan 4 minit 24.494 saat (s) dan memecah rekod lama Nor Azita Ibrahim 4:49.430s.

Dia meneruskan momentum dengan memecah rekod acara K1 500m wanita dengan catatan 2:8.362s, semalam, sebelum dua rekod turut dilakar pada hari ini dalam acara K1 200m (47.315s) dan K2 200m (46.365s) untuk meraih emas.



Secara keseluruhan untuk acara kayak, atlet berasal dari Kuala Terengganu itu sudah meraih empat emas, dua perak dan satu gangsa sebelum dia dijadual menyertai tiga acara perahu naga bermula esok.

“Sebenarnya saya benar-benar tak jangka untuk beraksi cemerlang dan meraih emas sebanyak ini terutama pada penampilan pertama saya di Sukma kerana sedar cabaran dari negeri lain.

“Kami hanya menjalani latihan di sungai di Kuala Ibai. Kami lihat pasukan negeri lain menjalani latihan di luar negara seperti Hungary,” kata Syahida.

Pada saingan yang menawarkan 10 emas hari ini, pasukan Johor terus ‘mengganas’ dengan meraih tujuh emas dalam acara TK1 200m lelaki, K1 200m lelaki, TK1 200m wanita, K2 200m lelaki, TK2 200m lelaki, K4 200m wanita dan TK2 200m wanita. HM



Syahida rangkul 4 emas, 4 rekod kebangsaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker