Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir

#PRU15

Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir

Dr Mahathir Mohamad menolak tinjauan bebas Merdeka Centre yang mendapati Pakatan Harapan muncul pilihan utama pengundi dan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan bekas perdana menteri itu yang paling tidak diingini oleh pemilih dalam PRU15.

Pada sidang media di Ampang semalam, bekas perdana menteri itu berkata badan kaji selidik pendapat awam berkenaan tidak boleh dipercayai kerana tinjauan terdahulu pada 2018, adalah salah dalam meramalkan BN akan kembali berkuasa di Putrajaya.



“Tinjauan Merdeka Centre kata Pejuang akan dapat cuma satu wakil rakyat. Bukan main lagi. Awak tahu, Merdeka Centre pada PRU14 kata konon PH akan kalah, BN akan menang.

“Tetapi akhirnya yang menang adalah PH, BN kalah. Jadi Merdeka Centre jangan percaya sangatlah,” katanya.

Menurut tinjauan Merdeka Center yang didedahkan pada awal November, PH mendahului BN sedikit dalam kecenderungan pilihan pengundi pada PRU15.

Tinjauan itu menunjukkan 26 peratus responden memilih PH berbanding BN dengan 24 peratus, diikuti oleh PN sebanyak 13 peratus. Empat peratus pula enggan menjawab soalan tinjauan manakala dua peratus berkata mereka akan menyokong GTA atau pihak lain.



Bagaimanapun, kira-kira satu pertiga, atau 31 peratus daripada 1,209 pengundi yang ditinjau pendapatnya berkata mereka tidak mempunyai kecenderungan atau tidak pasti siapa yang akan mereka undi.

Pada 7 Nov, Anwar dilaporkan berkata PH yakin akan memperoleh majoriti mudah dalam kerajaan.

Tetapi Mahathir menolak dakwaan Anwar, anak didiknya yang bertukar musuh politik sebelum berdamai ketika PRU14 dan kini kembali berseteru sekali lagi.

“Pada suatu ketika dia beritahu satu dunia yang dia dah jadi perdana menteri dan Muhyiddin sudah tidak lagi jadi perdana menteri. Awak tahu apa jadi,” soalnya.



“(Anwar) sangat optimistik tapi kita tengoklah nanti,” katanya. Mk

Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz



Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker