Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu

#PRU15

Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu

Presiden PKR Anwar Ibrahim sedia mendedahkan penyata akaun partinya dengan syarat Muhyiddin Yassin turut melakukan perkara sama dengan akaun Perikatan Nasional (PN).

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Tambun itu berkata demikian sebagai menjawab cabaran oleh Muhyiddin semalam agar Anwar, yang juga pengerusi PH, menunjukkan penyata kewangan partinya.

“Muhyiddin, saya selaku presiden PKR menyatakan, saya sedia, esok kita boleh dedahkan akaun kita. Kamu dedahkan akaun parti kamu, akaun kekayaan kamu di Malaysia dan luar negara.

“Cakap banyak, isytihar harta pun tak berani,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju, malam tadi, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan mendakwa PN menjadi gabungan politik terkaya ketika ini berikutan banyak memperoleh projek bernilai berbilion ringgit dalam tempoh wabak Covid-19.

Dakwa Anwar, semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri ketika itu, banyak projek dikeluarkan tanpa tender kepada pihak tertentu.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Anwar berkata, pengerusi PN itu yang sepatutnya memberi penjelasan bagaimana projek berkenaan diluluskan, bukan beliau yang perlu mengemukakan bukti berhubung dakwaan PN gabungan terkaya seperti dituntut Muhyiddin.

“Tiada tender, tiada soal, tiada perbahasan di Parlimen. Kamu yang mesti jawab kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Muhyiddin berkata, beliau tiada masalah menunjukkan akaun kewangan PN kepada Anwar, tetapi tertanya-tanya jika Anwar mampu melakukan perkara sama. FMT

Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker