Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Awal minggu ini, peminat-peminat kumpulan wanita terkenal dari Korea Selatan iaitu BLACKPINK meluahkan rasa kecewa mereka selepas harga tiket konsert jelajah dunia BORN PINK yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac 2023 mencecah hampir RM2K.

Jualan dibuka kepada 3 sesi



Jualan tiket bagi konsert tersebut dibahagikan kepada tiga tarikh berbeza mengikut sesi yang telah ditetapkan iaitu 15 November bagi peminat yang menjadi ahli kelab rasmi BLINK, 16 November pula bagi ahli Live Nation (penganjur) manakala jualan umum diadakan pada 17 November.

Sejak dibuka pada 15 November lalu, kawasan VIP yang berharga RM1,888 juga telah habis dijual malah ramai yang berkongsikan di media sosial selepas berjaya membeli tiket tersebut walaupun laman web mengalami masalah teknikal buat seketika waktu.

‘Sold out’ dalam masa 30 minit

Apa yang mengejutkan selepas jualan umum dibuka kepada orang ramai pada jam 10 pagi tadi, tiket bagi konsert kumpulan yang terdiri dari Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa itu habis dijual dalam masa 30 minit! Malah, ada yang mengatakan bahawa mereka tidak sempat untuk membeli ekoran terlampau ramai pembeli dalam satu masa.



Bukan itu saja, ramai turut menyuarakan pendapat mereka di Twitter agar tiket konsert itu dibuka sekali lagi memandangkan kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil yang besar sehingga boleh memuatkan seramai 87,000 penonton. OB

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker