Tengku Zafrul kesian pada Rafizi, surat kelulusan berunding dengan lulus projek pun tak faham

KUALA SELANGOR: Surat bertarikh 27 Okt yang didedahkan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, semalam, bukan persetujuan menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat, sebaliknya merupakan kelulusan untuk rundingan dibuat dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, berkata selepas mendapat kelulusan secara dasar untuk berunding, Kasa selaku kementerian bertanggungjawab masih perlu berunding dengan syarikat berkenaan dan akan mengesyorkan langkah seterusnya kepada Kementerian Kewangan.

“Kasa akan membuat perbincangan tentang apa yang diperlukan dan pada masa sama akan membuat penilaian sama ada syarikat itu diluluskan atau tidak yang melibatkan tahap kewangan, teknikal dan sebagainya, sekurang-kurangnya mengambil masa dua hingga tiga bulan.

“Bagi saya, saya percaya ini adalah isu yang dipolitikkan kerana perkara itu ‘clear’ (jelas), tiada surat setuju terima (LoA) dan surat niat (LoI) (diberikan). Hanya ada kelulusan untuk syarikat tersebut berunding dengan Kasa,” katanya kepada pemberita.



Justeru, beliau menasihati Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pandan untuk terus melaporkan dahulu sebarang salah laku dalam kerajaan kepada pihak berkuasa dan bukannya membuat pendedahan seperti itu.

“Pergilah jumpa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak-pihak yang berkuasa,” katanya sambil menambah adalah lebih baik para pemimpin membuat pengumuman apa yang mahu dibuat untuk pembangunan demi kebaikan rakyat.

“Itu yang rakyat nak dengar. Saya rasa dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini, saya pun ramai kawan-kawan yang letih dengan politik dan ahli politik kerana terlalu banyak berpolitik,” katanya.

Semalam, Rafizi mendedahkan satu surat berkenaan projek naik taraf loji bagi kawasan tadahan pembetungan bernilai RM285 juta di Klang Selatan, bertarikh 27 Okt.



Rafizi mendakwa projek itu diluluskan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan, pada 10 Okt.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker