Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir diaktifkan – Ismail

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir diaktifkan – Ismail

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Kebangsaan dan negeri yang sudah bersiap sedia telah digerakkan bagi berhadapan bencana banjir di seluruh negara.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan untuk bersedia melibatkan pihak terbabit seperti polis, bomba dan jawatankuasa bencana di negeri-negeri yang telah pun diaktifkan.

“Beberapa kali saya terangkan, saya pun sudah panggil mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana bencana banjir kebangsaan, cuma kali ini tidak diwakili menteri menteri besar kerana pilihan raya tetapi diwakili semua agensi, wakil kerajaan negeri dan sebagainya.

“Jadi untuk menghadapi monsun yang sebenar (monsun timur laut) seperti saya katakan semua sudah bersedia,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis pelancaran Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Hari ini beberapa lokasi seperti di kawasan Sri Muda, Bangi, Klang, Sabak Bernam di Selangor selain beberapa tempat di negeri lain dinaiki air susulan hujan lebat.

Berdasarkan laporan di Selangor, seramai 719 mangsa daripada 175 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Ismail Sabri, fokus kepada gerak kerja pengurusan banjir adalah lebih melibatkan jawatankuasa pengurusan banjir negeri yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan jawatankuasa pengurusan banjir daerah dipengerusikan pegawai daerah.

“Mereka semua saya kira bersedia cuma setakat ini alhamdulillah masih lagi banjir kilat walaupun monsun timur laut sudah bermula.

“Jadi kita berdoa agar tidak berlaku banjir besar dan setakat hari ini belum lagi walaupun di rantau panjang ada berlaku banjir tetapi cuma dianggap banjir kilat lagi,”ujarnya. K Online

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir diaktifkan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker