Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah

#PRU15

Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah

Harta milik Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin masih perlu disiasat walaupun bekas Perdana Menteri kelapan itu telah bersumpah tidak mengambil duit kerajaan.

Tegas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu penyalahgunaan wang kerajaan ketika pandemik Covid-19 tidak selesai hanya kerana Muhyiddin bersumpah dengan nama Allah.

“Hari ini dia kata dia sumpah tidak ambil duit kerajaan.



“Eh! Muhyiddin ini soal negara, tata kelola dan pentadbiran, sumpah tidak makan (tidak berguna), kena siasat berapa harta kamu ada

“Ini senang, semua sikit-sikit sumpah. Mana boleh,” katanya ketika berucap di Program Ramah Mesra bersama pengundi di Subang Perdana.

Turut hadir, penyandang Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan calon kerusi tersebut pada pilihan raya kali ini, R Ramanan.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Muhyiddin perlu disiasat kerana telah membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik Covid-19 dua tahun lalu.



Kemudian Muhyiddin hari ini, bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak tidak ada satu sen duit kerajaan disalahgunakan semasa pentadbirannya.

Ujarnya, sewaktu menjadi Perdana Menteri di tengah-tengah kancah pandemik, segala perbelanjaan wang kerajaan dibuat mengikut garis peratusan kewangan sedia ada.

Sementara itu, Anwar sekali lagi menempelak Muhyiddin kerana menyifatkannya sebagai Perdana Menteri tepi.

Presiden PKR itu berkata, Muhyiddin sebenarnya tahu kemampuan beliau jika dilantik sebagai Perdana Menteri.



“Dia (Muhyiddin) hina saya. Muhyiddin, dengar Anwar jawab. Kamu kata aku PM tepi kamu tahu aku boleh jadi PM kalau aku khianat amanah seperti kamu dengan Bersatu tinggalkan PH.

“Kamu tahu aku boleh jadi PM kalau aku tulis surat jaminan kepada Datuk Seri Najib Razak, tetapi aku berbeza dengan kamu.

“Aku tidak sanggup jadi PM dengan mengkhianati perjuangan. Lebih baik jadi PM tepi daripada PM yang sakau duit rakyat,” tambah beliau. MG

Anwar bengang Muhyiddin sikit-sikit nak bersumpah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker