PM betul, kita tumpu menangkan BN dulu dalam PRU15 – Khairy

#PRU15

PM betul, kita tumpu menangkan BN dulu dalam PRU15 – Khairy

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akur kepada teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tidak bercakap soal pemilihan UMNO ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau bagaimanapun akan memberi fokus untuk memenangkan BN pada pilihan raya kali ini yang menampilkan calon muka-muka baharu pada 19 November ini.

“Memang kita fokus kepada pilihan raya, saya rasa satu sahaja daripada pelbagai persoalan yang ditanya dalam temubual saya semalam.

“Jadi saya jawablah, tapi saya tidak terlalu banyak tumpu kepada isu tersebut, memang PM betul, kita tumpu kepada pilihan raya sekarang ini.

“Tapi orang nak melihat juga bahawa muka-muka baharu dalam BN ini menandakan satu rejuvenasi dalam BN, itu sahaja,” katanya kepada pemberita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, di sini.

Terdahulu Khairy Jamaluddin menghadiri sesi Townhall bersama 600 pelajar STPM Selangkah Ke Menara Gading bersama Ikon Malaysia.

Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa setiap pemimpin UMNO seharusnya memfokuskan kepada memenangi PRU15 terlebih dahulu sebelum memikirkan soal pemilihan parti.

Jelasnya, perkara itu tidak seharusnya dibincangkan oleh mana-mana pemimpin UMNO kerana ia boleh menimbulkan pertelagahan semasa sendiri. MG

PM betul, kita tumpu menangkan BN dulu dalam PRU15 – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker