Remaja 14 tahun lahirkan bayi, ibu syak anak jadi mangsa rogol

BALING: Seorang ibu terkejut apabila anak perempuannya yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah kampung di sini, kelmarin.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu dikatakan membawa anaknya ke Hospital Baling kira-kira pukul 4.30 petang selepas mengadu sukar membuang air besar.

Dia bagaimanapun terkejut apabila doktor memaklumkan anaknya itu sarat mengandung dan sudah mahu melahirkan anak.



Pelajar terbabit kemudian selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira dua jam kemudian.

Menurut sumber, wanita itu seterusnya membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol.

“Berdasarkan keterangan yang diambil, dia memaklumkan anaknya mengadu sukar buang air besar sebelum nampak ada darah pada kaki anaknya.

“Dia juga menyedari perubahan bentuk fizikal anaknya tetapi pelajar itu memberitahu berat badannya naik,” katanya di sini semalam.



Ujarnya, pihaknya mengambil keterangan daripada pelajar terbabit dan mendakwa melakukan hubungan seks dengan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an sejak Februari lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian namun enggan mengulas lanjut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara



Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker