Jualan pelabur asing, Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi negatif di seluruh pasaran serantau, ditambah dengan aktiviti jualan berterusan daripada dana asing, kata peniaga.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.92 mata kepada 1,438.12 daripada paras penutup 1,441.04 pada Jumaat minggu lalu.

Indeks itu dibuka tinggi naik 0.69 mata kepada 1,441.73 dan bergerak antara paras 1,435.05 dan 1,443.86 sepanjang sesi dagangan.



Indeks utama itu berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya semasa sesi selepas tengah hari berikutan aktiviti belian saham berharga rendah yang sederhana tetapi hanya bertahan selama 40 minit.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 743 berbanding 195, manakala 384 kaunter tidak berubah, 1,035 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 3.38 bilion unit bernilai RM2.0 bilion daripada 3.51 bilion unit bernilai RM1.9 bilion sebelumnya.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.64 peratus kepada 3,057.14, Nikkei 225 Jepun jatuh 0.83 peratus kepada 30,999.55, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.72 peratus kepada 17,172.13, manakala Kospi Korea Selatan turun 0.76 peratus kepada 2,357.02.



Ketua Penyelidik Apex Securities Bhd, Kenneth Leong, berkata pada masa depan aliran menurun dijangka berterusan di tengah-tengah ketiadaan petunjuk baharu manakala sebarang pemulihan akan terjejas oleh tekanan jualan.

“Di tengah-tengah keadaan pasaran yang tidak menentu, kami mengesyorkan pelabur untuk kekal defensif dengan fokus kepada saham berkaitan emas,” katanya kepada Bernama.

Dari sudut teknikal, beliau berkata, paras sokongan jangka pendek FBM KLCI dijangka berada pada 1,438.

“Sekiranya tahap yang dinyatakan di atas gagal bertahan, penurunan seterusnya mungkin membawa indeks utama itu ke arah paras sokongan pada 1,424. Paras rintangan diunjurkan berada pada 1,446, diikuti 1,464,



Di bursa tempatan, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.99, Public Bank naik dua sen kepada RM4.16, CIMB meningkat empat sen kepada RM5.66, Tenaga Nasional menokok tiga sen kepada RM9.85 manakala Petronas Chemicals susut 13 sen kepada RM7.07.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ta Win dan Sarawak Consolidated susut setengah sen masing-masing kepada 3.5 sen and 52.5 sen, Widad menguncup dua sen kepada 53.5 sen, manakala Hong Seng naik setengah sen kepada lima sen dan Systech menokok satu sen kepada 59.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 42.63 mata kepada 10,577.81, Indeks FBMT 100 jatuh 36.53 mata kepada 10,261.45 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 62.78 mata kepada 10,797.17.

Indeks FBM 70 susut 118.07 mata kepada 13,854.81 dan Indeks FBM ACE jatuh 104.99 mata kepada 5,024.70.



Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.14 mata kepada 170.25, Indeks Perladangan susut 36.36 mata kepada 6,873.61, Indeks Tenaga jatuh 13.14 mata kepada 867.94.

Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 13.49 mata kepada 16,203.82.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat 2.33 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 1.88 bilion unit bernilai RM1.59 bilion pada Jumaat minggu lalu.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 195.82 juta unit bernilai RM13.72 juta daripada 332.32 juta unit bernilai RM38.82 juta.



Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 830.05 juta saham bernilai RM259.45 juta daripada 1.29 bilion saham bernilai RM274.58 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 309.34 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (556.05 juta); pembinaan (225.69 juta); teknologi (319.91 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (74.41 juta); hartanah (339.50 juta); perladangan (25.23 juta); REITs (14.09 juta), dana tertutup (63,900); tenaga (232.82 juta); penjagaan kesihatan (55.19 juta); telekomunikasi dan media (25.07 juta); pengangkutan dan logistik (76.0 juta); dan utiliti (85.22 juta). — Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker