4 maut dilanggar kereta api di Sepanyol

Empat orang maut selepas dirempuh kereta api di pinggir bandar berhampiran Barcelona, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi Perlindungan Awam pada awalnya melaporkan tiga maut, manakala seorang cedera dalam kejadian pada Ahad malam.

Tetapi kemudian dalam satu catatan di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, agensi itu menyatakan seorang mangsa yang cedera meninggal dunia.

Sekumpulan tujuh orang cuba menyeberangi landasan berhampiran stesen Montmelo, dalam kawasan metropolitan Barcelona, ketika waktu gelap di kawasan yang tidak dibenarkan melintas.

Kemalangan sering berlaku apabila orang ramai memilih cuba menyeberangi landasan kereta api berbanding menggunakan laluan pejalan kaki disediakan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker