Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

SHAH ALAM – Tidak sampai sejam sidang akhbar berlangsung, sidang khas mengenai skim perumahan Rumahku Syurgaku pada Rabu bertukar panas dengan pertikaman lidah antara aktivis wanita dan masyarakat, Mona Din dan Pengarah MRF Consultant (M) Sdn Bhd, Siti Nur Atiqah Baba.

Kekecohan itu bermula apabila Siti Nur Atiqah yang menggunakan gelaran Datuk Seri, secara tiba-tiba memasuki restoran sidang akhbar diadakan, yang pada asalnya media dimaklumkan bahawa MRF Consultant (M) Sdn Bhd akan mengadakan sidang akhbar berhubung isu itu di restoran berkenaan.

“Saya seronoklah dengar kes Bella yang akak bantu tu, saya rasa terharu, tetapi akak tahu yang akak aniaya saya.

“Kenapa nak buat malu diri sendiri, yang tak habis-habis (hendak nilai) saya, saya tidak kenal akak (Mona Din),” katanya ketika menghampiri sidang akhbar berkenaan.

Sementara itu, Mona Din ketika menyelit hujahan itu, bertanyakan mengenai isu bon yang terpalit terhadap wanita berkenaan.

“Apa kata kita ke bank, bertanyakan perkara ini. Kenapa saya nak buat perkara tak elok? Jom bawa peguam ke bank, kenapa saya nak dengar cakap akak,” katanya.

‘Drama’ yang berlangsung hampir setengah jam itu terlerai apabila beberapa pihak cuba campur tangan yang akhirnya Siti Nur Atiqah akur untuk keluar dari restoran berkenaan.

Tidak berakhir di situ, beliau mempelawa semua yang hadir pada sidang media berkenaan, untuk datang ke pejabatnya yang terletak berhadapan restoran tersebut.

Menjelaskan situasi itu, kata Siti Nur Atiqah, pihaknya tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya Selasa bukan hari yang dimaksudkan untuk mengadakan sidang akhbar khas berkenaan.

“Pihak kami baru berbincang untuk mengadakan sidang akhbar, insya-ALLAH nanti kami akan maklumkan. Jadi, kami akan jemput semua termasuk Mona Din, minta datang pejabat saya juga,” katanya.

Wartawan Sinar Harian menemu bual Mona mengenai kontroversi skim perumahan syarikat MRF.
Wartawan Sinar Harian menemu bual Mona mengenai kontroversi skim perumahan syarikat MRF.

 

Sebelum itu, dalam sidang akhbar bersama Mona Din, aktivis berkenaan menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah dimaklumkan oleh wartawan mengenai sidang akhbar tersebut.

“Saya dapat daripada sumber yang sah, wartawan tersebut telah pun dihubungi atau pun berjumpa wakil syarikat ini, dan memberikan surat jemputan yang telah pun tular, yang dihantar kepada ramai orang iaitu hari Rabu pada jam 11 pagi ada sidang akhbar di restoran ini.

“Pada asalnya saya tidak mahu pun datang, tapi pagi semalam (Selasa) wartawan tersebut mendapat khabar secara tidak rasmi daripada syarikat itu menerusi perbualan dalam grup mereka yang mengatakan sidang akhbar hari ini (Rabu) tidak ada kerana kakaknya di Sabah,” katanya.

Sebelum ini kontroversi melanda syarikat MRF apabila dikatakan menawarkan unit kediaman pada harga maksimum RM500,000 kepada golongan artis.

Mona menyatakan, skim ini agak aneh kerana menerusi skim rumah tanpa deposit itu, orang ramai hanya perlu membayar RM10, RM100 atau RM10,000 bagi melayakkan mereka memiliki rumah impian di bawah harga RM500,000.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker