Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

TETAMU lain cuba mengeluarkan mangsa dari lubang tersebut. – TikTok

BRASILIA – Satu majlis sambutan hari lahir yang diadakan di Brazil bertukar bencana selepas sebuah lubang tanah jerlus muncul dan ‘menyedut’ beberapa penari wanita ke dalamnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Rakaman kejadian tular di internet.

“Kami sedang menari tepat di atas lubang itu dan jatuh tepat di dalamnya,” kata salah seorang mangsa, Epilator Gabriela Carvalho, 38, kepada agensi berita CEN.

Kejadian berlaku ketika Carvalho bersama rakan-rakannya meraikan hari lahir seorang rakan lain di rumah neneknya di bandar Alagoinhas, Brazil.



Carvalhi bersama beberapa tetamu menari mengikut rentak lagu popular Portugis, Tem Cabare Essa Noite apabila tanah mula runtuh di bawah kaki mereka.

Lubang tanah jerlus itu muncul sebelum tetamu sempat bertindak balas lalu menelan enam wanita.

Mereka berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan teruk kecuali luka kecil dan lebam.

Kejadian itu dikatakan aneh kerana keluarga itu pernah beberapa kali mengadakan acara di lokasi tersebut tanpa mengalami apa-apa kejadian buruk.



Beberapa pekerja dikerahkan membaiki lubang itu supaya tidak mengganggu majlis seterusnya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker