Rakyat Malaysia dinasihat jangan minum air ganja yang dijual di Thailand

SHAH ALAM – Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abdul Rahim menasihatkan rakyat Malaysia agar jangan cuba-cuba minum air ganja yang banyak dijual di Thailand.

Shahul Hamid berkata, orang ramai boleh ditahan dan dikenakan hukuman sekiranya ujian air kencing mendapati mereka positif dadah atau ganja.

“Memang minuman berasaskan ganja tidak ada masalah di Thailand tetapi sekembalinya ke negara ini, rakyat Malaysia perlu ingat mereka tertakluk dengan undang-undang sedia ada.

“Jadi, jika ujian saringan air kencing di sempadan negara yang dilakukan oleh pihak berkuasa mendapati mereka positif ganja, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.



Beliau berkata demikian mengulas laporan Sinar Harian yang mendedahkan bahawa minuman berasaskan ganja mudah diperoleh di mana-mana kedai serbaneka di Thailand selepas negara itu membenarkan penduduk menjual dan menanam tumbuhan tersebut.

Shahul Hamid menegaskan, mereka yang didapati bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, perbuatan meminum air ganja itu juga boleh memberi kesan ketagih kepada orang yang ‘menikmatinya’, sekali gus bakal ‘menghancurkan’ hidup mereka.

Perlu kita ingat bahawa bila minum air ganja, kesan ganja akan berada dalam darah yang menyebabkan ketagihan dan membuatkan hidup mereka akan rosak.

 

Disyorkan artikel berkaitan ini:

 

“Justeru, jangan sesekali ambil air ganja ini kerana ia juga boleh berada dalam badan lama iaitu berjam-jam dan boleh menyebabkan perbuatan mereka diketahui pihak berkuasa jika ujian saringan air kencing dilakukan,” jelasnya.



Susulan itu, Shahul Hamid turut meminta pihak berkuasa termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memperketat kawalan di sempadan negara bagi mengelak ramai rakyat Malaysia pergi ke negara jiran berkenaan untuk mendapatkan air mengkhayalkan itu.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker