Remaja 17 tahun dirogol bapa tiri selama lima tahun

SEGAMAT: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 17 tahun di sebuah rumah berhampiran Batu Anam, di sini.

Suspek berusia 64 tahun ditahan di sekitar Batu Anam pukul 8.05 malam pada 21 September lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibunya yang berusia 34 tahun perbuatan terkutuk dilakukan oleh bapa tirinya berhubung kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat diterima, kita menahan suspek pada 21 September lalu dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk berlaku terhadap mangsa sejak dia berusia 12 tahun bermula pada tahun 2017.

“Siasatan awal mendapati suspek sering melakukan perbuatan itu beberapa kali termasuk seks oral serta melakukan ugutan terhadap mangsa ketika mereka tinggal berdua.

“Suspek direman tujuh hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini

Kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol yang memperuntukkan hukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker