Sanggah kenyataan Muhyiddin: Ahli PAS diminta setia kepada arahan Mursyidul AM

 

KUALA LUMPUR – Seluruh pimpinan dan ahli Pas diminta akur serta memberikan wala’ (kesetiaan) kepada arahan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin agar semua pihak yang inginkan perpaduan dan kestabilan negara menghayati dan merealisasikan agenda penyatuan ummah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa komited dalam melaksanakan segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam.



“Sehubungan itu, Pas tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama, apatah lagi dalam perkara yang melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya terdiri dari umat Islam seperti Malaysia.

“Kenyataan seumpama itu lebih-lebih lagi dilihat tidak wajar dan janggal sekiranya pihak yang dilabelkan sebagai musuh utama tersebut adalah rakan muafakat dalam kerajaan yang dipimpin bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata, Pas sentiasa yakin bahawa perpaduan di antara parti utama Melayu-Islam dapat menjamin pembentukan sebuah pemerintahan yang stabil, adil dan berkebajikan kepada semua rakyat pelbagai kaum, agama, bangsa dan budaya.

Kelmarin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama gabungan itu yang perlu dilawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker