Zamsaham saman Kafa

Zamsaham saman Kafa

Sudah lama memendam rasa akhirnya pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman mendedahkan bahawa Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berhutang dengannya kira-kira RM3.93 juta.

Menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini mendedahkan bahawa disebabkan hutang berkenaan, dia mengambil tindakan menyaman Kafa yang gagal membayar hutang RM3.93 juta.

“Saya sebenarnya nak diamkan sahaja, tapi selepas ramai yang tanya, maka memang benar saya saman Kafa kerana gagal bayar hutang sebanyak RM3.93 juta.



“Asal hutang Kafa RM3.8 juta, naik ke RM3.93 juta sebab Kafa minta tambahan pinjaman. Tapi setakat hari ini satu sen pun belum pulang ke saya,” tulisnya.

Norizam yang turut dikenali sebagai Zamsaham, sebelum ini dilaporkan membayar RM6.8 juta ketika proses mengambil alih pasukan The Red Warriors (TRW) dari Kafa pada September 2020.

Menurut laporan, jumlah itu membabitkan RM3 juta bagi pembelian Kelantan FC dan RM3.8 juta lagi adalah pinjaman kepada Kafa bagi menyelesaikan hutang kepada pemain dan agensi tertentu. HM

Zamsaham saman Kafa




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker