3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim

SHAH ALAM – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan kerana Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat mendapati keterangan tiga saksi utama yang mendakwa telah menawarkan wang rasuah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu, adalah tidak boleh dipercayai

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, saksi pendakwaan ke-17 (SP-17), bekas Pengarah Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan Siong Sun telah mengakui ada membuat sebuah lejar mengandungi butiran pembayaran oleh UKSB kepada beberapa individu termasuk Ahmad Zahid, antara 2014 hingga 2018.

Ketika membaca keputusan penghakiman setebal 100 muka surat, Mohd Yazid berkata, David Tan menyatakan setiap kali membuat bayaran, dia akan merekodkan pembayaran pada hari sama atau berikutnya.

“Namun, lejar yang ditunjukkan dalam kebanyakan ruangan catatan telah dibiarkan kosong,” katanya.

Selain itu, seorang lagi saksi utama, SP-15, yang juga bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun telah bersetuju bahawa ruangan catatan yang kosong itu, tidak menunjukkan bahawa wang telah dibayar kepada tertuduh.

Tanpa bukti kukuh, Mohd Yazid berkata, mahkamah tidak boleh membuat penemuan bahawa wang itu telah diterima oleh Ahmad Zahid.

Malah beliau berkata, keterangan mengenai penyerahan kedua wang tunai RM3 juta melalui sebuah bagasi, adalah suatu keterangan difikirkan kemudian.

Sementara itu, Ahmad Zahid, dibebaskan atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Mohd Yazid memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker