Geng Batam pecah cermin kereta pakai tangkal, pendinding lakukan jenayah

Geng Batam pecah cermin kereta pakai tangkal, pendinding lakukan jenayah

MELAKA: Tangkal dan pendinding yang mempunyai kalimah jampi serapah digunakan empat lelaki warga Indonesia ketika melakukan jenayah pecah cermin kereta di sekitar Melaka Tengah di sini nampaknya tidak berkesan, selepas kumpulan itu berjaya ditumpaskan polis baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menangkap kumpulan dengan nama Geng Batam itu yang aktif pada musim cuti persekolahan lalu, dalam satu operasi di Senai, Johor Bahru, Johor pada 14 September 2022 kira-kira pukul 9.30 malam.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 41 tahun dan turut dirampas adalah pakaian dipercayai diguna pakai semasa kejadian, beberapa unit telefon bimbit, lampu suluh dan kenderaan.



“Polis turut menjumpai barang-barang beserta ayat-ayat dan kalimah jampi serapah yang dipercayai digunakan oleh setiap suspek sebagai tangkal, pendinding bagi mengaburi perbuatan jenayah mereka dikesan.

“Kumpulan ini didapati bergerak menggunakan kenderaan yang disewa dari Johor lalu menuju ke Melaka untuk tujuan jenayah pecah kereta. Mereka mensasarkan kenderaan yang mempunyai barang berharga yang ditinggalkan, lalu, menggunakan serpihan seramik daripada palam pencucuh untuk memecahkan cermin kenderaan.

“Namun, dengan usaha, komitmen dan perancangan teliti, polis telah berjaya menumpaskan kumpulan ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, orang ramai dinasihati berwaspada dengan geng pecah cermin kereta yang aktif melakukan jenayah pada musim cuti persekolahan, ekoran 10 laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah berhubung kegiatan itu.



Kes pecah cermin kereta itu direkodkan berlaku di sekitar Banda Hilir, Tengkera, Malim dan Batu Berendam.

Tambah Christopher, dengan penangkapan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan lapan kes jenayah pecah cermin kereta dalam daerah Melaka Tengah.

“Kesemua tangkapan berada dalam tahanan reman dan akan dituduh di mahkamah selepas selesai siasatan. Polis ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan sewaktu tidak digunakan,” ujarnya. Utusan

Geng Batam pecah cermin kereta pakai tangkal, pendinding lakukan jenayah




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker