Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf

Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sempat diadakan sebelum musim banjir sekiranya Parlimen dibubarkan awal Oktober ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, banyak pihak terutamanya pembangkang yang mendesak PRU-15 ditangguhkan kerana mereka bimbang akan membahayakan nyawa rakyat ketika musim banjir.

Menurut beliau, mereka menggunakan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) bahawa banjir besar bakal berlaku pada penghujung November ini.



“Jika ramalan JMM ini dijadikan sandaran, maka PRU-15 masih boleh diadakan sebelum banjir besar penghujung November.

“Ramalan JMM (yang menjadi nas utama masa kini) boleh menjadi landasan yang paling kuat supaya Dewan Rakyat boleh dibubar awal Oktober terutamanya 7 sehingga 10 Oktober 2022,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Hasrat UMNO yang mahu PRU-15 diadakan secepat mungkin tahun ini menerima bantahan daripada pembangkang termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang bakal menganjurkan demonstrasi di ibu negara Sabtu ini.

Asyraf Wajdi juga yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mampu melaksanakan PRU-15 dalam masa sebulan selepas Parlimen dibubarkan seperti yang dilakukannya pada PRU-14.



“Rekod PRU-14 adalah, Parlimen dibubar pada 7 April 2018, dan SPR buat PRU pada 8 Mei 2018 (dalam masa kurang empat minggu ),” jelasnya.

Pada masa yang sama, Asyraf Wajdi bersetuju PRU-15 ditangguhkan sekiranya banjir besar yang diramalkan itu benar-benar berlaku. MG

Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker