M40 pembayar cukai paling ramai

M40 pembayar cukai paling ramai

Ramai yang terasa apabila mendengar kisah berkaitan cukai. Ini kerana, ramai yang tidak benar-benar faham tentang perkara ini.

Yang lebih terasa adalah pembayar cukai individu yang melihat ia sebagai usaha membantu golongan lain yang ada kalanya dilihat sebagai ‘malas’ dan ‘meminta-minta.’

Kerana itu, golongan pembayar cukai individu ini kerap menantikan khabar baik daripada pihak berkaitan, umpamanya ketika pembentangan bajet, untuk mengatasi isu yang mereka hadapi.

Polemik ini pula sentiasa berterusan seolah-olah tiada penghujung.

Ikuti wawancara Pakar Ekonomi, PROF EMERITUS DR BARJOYAI BARDAI bersama

Jumlah bayaran cukai disumbang pembayar cukai individu?

Pada 2021, sejumlah RM174.37 bilion cukai dikutip di Malaysia.

Cukai langsung menyumbang RM131.87 bilion atau 75.6 peratus manakala cukai individu menyumbang RM42.5 bilion atau 24.7 peratus.

Baki cukai langsung disumbang oleh syarikat iaitu RM64.6 bilion (37.7 peratus) serta cukai syarikat petroleum RM13 bilion (0.75 peratus).

Cukai tidak langsung pula menyumbang RM42.5 bilion (24.4 peratus).

Hasil bukan cukai meliputi lesen dan permit ialah RM12.74 bilion dan pendapatan pelaburan ialah RM36.8 bilion atau 15.5 peratus.

Pembayar cukai individu, berapa ramai jumlah mereka dan di mana letaknya mereka?

Akhirnya, golongan pembayar cukai di Malaysia ialah terdiri daripada isi rumah atau individu yang mempunyai sumber pendapatan.

Agak pelik juga memikirkan bahawa individu di Malaysia hanya menyumbang 18.1 peratus daripada hasil negara.

Jadi, siapa yang membayar lebih daripada RM130 bilion lagi cukai yang dikutip oleh kerajaan Malaysia?

Pembayar cukai terbesar di Malaysia sebenarnya ialah syarikat. Syarikat biasa menyumbang 27 peratus hasil kerajaan manakala syarikat petroleum pula 5.4 peratus.

Syarikat di Malaysia secara terus menyumbang hampir 33 peratus daripada hasil negara berbanding dengan individu iaitu 18.1 peratus.

Adakah ini memadai memandangkan kepentingan dan keberuntungan syarikat pada keseluruhannya di Malaysia? Ada 171,198 syarikat yang mendaftar dan membayar cukai di Malaysia.

Pada masa sama, ada 1,339,427 pembayar cukai individu di Malaysia.

Di samping itu, ada lagi 447,951 perniagaan yang dicukai (perkongsian dan persendirian).

Di Malaysia hanya individu bujang yang pendapatan bulanannya melebihi RM3,111 ditaksir dan dicukai.

Bagi yang berkahwin dan mempunyai anak, pendapatan bulanannya perlu melebihi RM4,333, barulah ia akan
di cukai.

Malaysia mempunyai sistem percukaian yang agak unik. Secara formalnya, hanya individu akan dikenakan cukai terus, tidak kira sama ada mereka adalah warganegara atau tidak, asalkan mereka mempunyai sumber pendapatan kena cukai di Malaysia.

Syarikat dianggap entiti yang dimiliki oleh individu, pemegang saham.

Keuntungan syarikat akan dicukai pada kadar khusus syarikat 12 peratus atau 24 peratus.

Cukai ini akan dibayar oleh syarikat sebagai entiti perniagaan sendiri tanpa mengaitkannya dengan pemiliknya iaitu individu.

Jadi, bila syarikat membayar dividen daripada keuntungan yang sudah dicukai, jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham individu tidak lagi di cukai.

Secara teknikal, ramai pemegang saham syarikat yang menguntungkan yang tidak perlu dan tidak pernah membayar kerana dividen yang diterimanya daripada syarikat Malaysia tidak dicukai, tidak kira berapa jumlahnya.

Jika diandaikan ramai pemegang saham syarikat adalah kumpulan yang lebih kaya (kerana 85 peratus syarikat tersenarai adalah milik keluarga), jadi semua mereka ini tidak perlu membayar cukai walaupun mereka menerima jumlah dividen yang besar setiap satu.

Alasannya ialah kerana dividen itu dibayar daripada keuntungan syarikat bersih selepas membayar cukai syarikat.

Kajian menunjukkan, sebenarnya, syarikat tidak menanggung beban cukai syarikat kerana cukai ke atas keuntungan syarikat ini telah dirancang dari awal dan dianggap sebagai kos pengeluaran dan dipindahkan oleh syarikat kepada pelanggan dan pembekal mereka di dalam bentuk tambahan harga jualan.

Dalam kek ekonomi negara, pembayar cukai individu ini terletak dalam kalangan M40 selain T20?

Ada 60,855 majikan di Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengira dan memotong gaji setiap individu pembayar cukai yang bekerja dan memperoleh gaji bulanan.

Ini menyebabkan agak mustahil individu yang bekerja dengan majikan hendak mengelak daripada tidak membayar cukai.

Di Malaysia, sebenarnya, golongan pekerja adalah kumpulan yang paling taat dan setia membayar cukai.

Ini kerana, cukai dipotong pada puncanya semasa gaji dibayar dan ditolak awal-awal daripada gaji.

Jadi tidak ada orang yang bekerja yang layak membayar cukai yang tidak dicukai, daripada kumpulan bawah sehinggalah kepada pengarah dan presiden syarikat.

Jadi, kelas pembayar cukai T20 kebanyakannya adalah merupakan pengarah syarikat sepenuh masa yang gajinya sehingga berjuta ringgit setiap bulan.

Kumpulan kelas menengah M40 adalah kumpulan pembayar cukai yang paling ramai kerana daripada lebih 15 juta golongan pekerja, lebih 50 peratus daripada mereka adalah kumpulan kelas menengah ini.

Sumbangan cukai mereka setiap seorang mungkin kecil namun jumlah sumbangan cukai kumpulan M40 ini adalah paling besar.

Ada golongan yang culas untuk membayar cukai kerana beranggapan mereka tidak menerima apa-apa manfaat walaupun sentiasa akur menjalankan tanggungjawab kepada negara dengan membayar cukai?

Ada juga kumpulan pekerja di Malaysia yang memperoleh pendapatan yang tinggi, tetapi sebenarnya tidak dicukai.

Ini kerana sistem percukaian kita di Malaysia sememangnya tidak mencukai mereka.

Kumpulan yang pertama ialah kumpulan pemegang saham syarikat yang disebut di atas tadi.

Ada berjuta orang pemegang saham syarikat di Malaysia.

Bagi syarikat yang dimiliki oleh keluarga, untuk syarikat tersenarai (di Bursa Malaysia, hampir 80 peratus pemegang saham adalah ahli keluarga) dan syarikat tidak disenaraikan, mereka kebanyakannya memiliki jumlah saham yang besar setiap seorang.

Dengan itu, mereka menerima dividen yang besar setiap tahun. Pendapatan dividen mereka tidak dicukai.

Jadi mereka tidak perlu mengisytiharkan pendapatan atau membayar cukai.

Satu lagi kumpulan yang tidak dicukai ialah mereka yang memiliki saham dan menjual saham mereka sebagai individu.

Keuntungan daripada jualan saham juga tidak dicukai ke atas individu pemilik saham kerana ia dianggap bukan pendapatan, tetapi keuntungan modal yang tidak dicukai di dalam sistem percukaian di Malaysia.

Bagaimana kita sepatutnya melihat sistem percukaian?

Sebagai rumusan, setiap kita perlu membayar cukai kerana kita perlu menyumbang dan membalas budi kerajaan yang telah menyediakan persekitaran dan kemudahan yang membolehkan kita hidup sejahtera sebagai individu, mendapat kerja dan memperoleh pendapatan.

Kepada syarikat, kerajaan telah menyediakan infrastruktur, kemudahan, persekitaran, peluang perniagaan dan menyediakan pelanggan setiap satunya beroperasi dengan menguntungkan.

Jadi, kita perlu membayar cukai sebagai menunjukkan kesyukuran kita kerana dapat hidup sejahtera di Malaysia. Kepada umat Islam, kita membayar zakat sebagai pilihan kepada cukai kerana menzahirkan kesyukuran kita kepada pencipta kita iaitu Allah SWT dan untuk kita berkongsi rezeki dengan kumpulan lain di dalam masyarakat yang memerlukan bantuan. Wallahu A’lam. HM

M40 pembayar cukai paling ramai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker