Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri

Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri

Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan supaya berhenti daripada terus bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri lagi kerana tempoh yang dipernah ‘dinikmati’ hampir 24 tahun sudah cukup.

Bekas Perdana Menteri itu perlu keluar daripada ‘dunianya sendiri’ jika beliau mahu Malaysia berada pada kedudukan lebih baik dari aspek kestabilan politik, ekonomi dan sosial pada masa depan.

Pemerhati politik, Dr Jeniri Amir berkata, lagipun Malaysia tidak pernah ketandusan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berkemampun untuk mengemudi negara ini, jika semua pihak meletakkan kestabilan politik, pengukuhan ekonomi dan masa depan rakyat sebagai keutamaan.

Mengulas lanjut mengenai tawaran Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh setahun jika Gerakan Tanah Air (GTA) diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Jeniri percaya tiada rakyat di negara ini yang masih mempercayai Mahathir selepas ‘Langkah Sheraton’.

Malah, kepercayaan kepada Ahli Parlimen Langkawi itu juga merudum selepas beliau mungkir janji untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Berdasarkan apa yang berlaku, saya tidak tahu mengapa beliau masih memikirkan layak menerajui negara lagi.

“Saya percaya rakyat sudah tidak mempercayai beliau (Mahathir), cukup-cukuplah….kalau dibuat survei pun saya yakin majoriti rakyat tidak lagi mahu beliau.

“Mahathir perlu berhenti untuk menyatakan orang lain tidak bijak, tidak upaya menerajui negara, kecuali beliau sahaja,” katanya.

Kata Jeniri, pada usia sekarang, Mahathir sepatutnya bersara secara total dan menyokong jika ada pemimpin-pemimpin yang lebih baik untuk mengemudi negara ke landasan yang betul dan tepat.

Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain juga berpendapat adalah tidak wajar memberi peluang ketiga kepada Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun, beliau percaya kenyataan itu dibuat oleh Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu mahu mendapatkan reaksi daripada pelbagai pihak “Negara ini perlu dikemudi oleh individu yang sihat dan bukan lagi orang lama.

“Saya tak fikir kalau beliau naik, ia satu situasi politik yang sihat, Malaysia ini dinamik…macamlah tiada muka orang lain. Politik Malaysia kena berubahlah.

“Beliau (Dr Mahathir) sepatutnya memberi laluan dan sokongan kepada kepimpinan baharu, bukannya beliau naik lagi.

Beliau sepatutnya kena terimalah kepimpinan baharu di negara ini,” ujarnya sambil menyifatkan jika Mahathir masih diberi mandat, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Bagaimanapun, Mohd Izani tidak nampak GTA yang digerakkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan golongan profesional akan menang dalam PRU nanti.

“Tetapi ia mungkin menjadi kenyataan jika GTA mengadakan kerjasama sekali gus bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menang PRU. MG

Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker