Bocor Dokumen Peguam Negara Syorkan Laporan Buku Tommy Tidak Didedahkan

Pasukan Petugas Khas Pun Dikawal

Oleh Tun Teja

DATUK Seri Najib Tun Razak dikatakan telah dinafikan perbicaraan yang adil sehingga menyebabkan beliau dipenjarakan. Bermacam-macam versi tuduhan ke atas beliau dibuat ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Kini Jabatan Peguam Negara (AGC) dikatakan mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas tidak didedah kepada umum.

Menurut sumber, dokumen mengenai Peguam Negara mengesyorkan laporan pasukan petugas khas terhadap buku Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum telah bocor.

Pasukan Khas ditubuhkan menyiasat isu kandungan buku karangan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Tommy dalam buku itu didakwa melakukan pendakwaan terpilih secara tidak adil apabila beliau bertindak menggugurkan pendakwaan bahkan menarik balik kes yang sedang dibicarakan melibatkan kes rasuah pemimpin tertinggi Lim Guan Eng walaupun agensi penguatkuasaan SPRM mengakui mereka mempunyai kes terhadap mantan Menteri Kewangan tersebut.

Persoalannya, apa yang mahu disembunyikan oleh Peguam Negara. Buku Tommy Thomas adalah bukti dan pengakuan nyata berlaku campur tangan pelantikan ketua hakim termasuk peguam negara.

Najib dikatakan dinafikan perbicaraan yang adil apabila bocor maklumat Peguam Negara didakwa membuat keputusan pelik berkenaan beberapa isu antaranya berkaitan kertas siasatan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali.

Nazlan adalah hakim yang mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib Razak bagi kesalahan kononnya menyeleweng RM42 juta dana SRC International Bhd. Bukti yang mampu membebaskan Najib telah ditolak ketika proses rayuan berlangsung.

Pada 5 Februari 2021 lagi, Pemuda UMNO telah membangkitkan sekurang-kurangnya lapan isu utama yang boleh mengaitkan bekas Peguam Negara Tommy Thomas dengan pelbagai salah laku yang melibatkan integriti badan kehakiman dan sistem kedaulatan undang-undang negara.

Antaranya penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim apabila Tommy mengakui terlibat di dalam mempengaruhi pemilihan dan penetapan hakim-hakim kanan termasuk Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar di Sabah dan Sarawak serta Hakim Mahkamah Persekutuan melalui beberapa siri perbincangan beliau bersama Perdana Menteri, sedangkan beliau bukan Ahli Suruhanjaya Pelantikan Hakim.

Ini jelas melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Kini dokumen telah bocor mendedahkan Peguam Negara dikatakan mengesyorkan laporan pasukan petugas khas terhadap buku Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum.

Rakyat makin hilang kepercayaan kepada sistem perundangan negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker