Badi Manchester United tamat, berjaya tewaskan Everton 2-0

Pasukan Manchester United kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Everton 2-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Old Trafford itu, skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain seperti Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Alejandro Garnacho memacu jentera serangan.

Pasukan tuan rumah hanya memerlukan enam minit untuk mendahului selepas diberikan sepakan penalti apabila dikasari pertahanan, James Tarkowski ketika Garnacho menggelecek di kotak penalti.

Kesempatan tersebut digunakan oleh Fernandes selaku kapten pasukan untuk meledak gol pembukaan sekali gus meringankan tekanan penyokong United.

Tersentak dengan gol tersebut, Everton memperkemaskan serangan dan hampir menyamakan kedudukan hasil tetapi percubaan Dwight McNeil sedikit tersasar.

Tuah terus memihak kepada United apabila sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-34 dengan Fernandes kali ini memberi ruang buat Rashford mengambil tanggujawab tersebut.

Penyerang antarabangsa England itu tidak mempunyai masalah untuk memastikan penjaga gol Everton, Jordan Pickford tewas buat kali kedua.

Bersambung pada separuh masa kedua, United dilihat masih lagi mendominasi permainan dan hampir menambah jaringan tetapi beberapa percubaan tidak menepati sasaran.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan United meraih kemenangan sejak 19 Februari lepas selepas tewas dua kali berturut-turut sebelum ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker