Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu

Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu

Armada bagaikan retak menanti belah.

Itu pandangan Bendahari Biro Antarabangsa Armada Nasional, Syaiful Irfan Anang.

Bekas Ketua Armada Terengganu itu mendakwa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal gagal sebagai Ketua Armada Nasional untuk membawa sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)itu ke satu tahap yang memuaskan.

“Selepas beberapa siri kekalahan Bersatu dalam PRK dan PRN kita boleh melihat sejauh mana tahap pencapaian hasil gerak kerja politik beliau sebagai Ketua Armada Nasional adalah sangat mengecewakan dengan kemerosotan penyokong parti dalam kalangan anak muda.

“Wan Fayhsal sepatutnya menggunakan momentum dan peluang beliau apabila menang pada pemilihan parti yang lepas untuk terus memperkasakan parti tanpa berlengah lagi.

“Ketika itu parti berada dalam keadaan di mana ahli-ahli masih lagi bersemangat dengan slogan ‘Nafas Baru’ yang beliau bawa ketika pemilihan dan berharap ianya tidak sekadar slogan retorik dan yakin beliau mampu untuk membawanya kepada Armada dan juga parti Bersatu secara keseluruhan.

“Namun jelas terbukti beliau gagal untuk membawa ‘nafas baru’ sebaliknya ‘nafas hapak’ pula yang dibawa apabila Armada tidak lagi diminati golongan muda termasuk juga mahasiswa yang semakin menjauh daripada parti Bersatu yang satu ketika dahulu 55 peratus daripada keahlian adalah terdiri daripada golongan muda dan mahasiswa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Syaiful, Kelab Bunga Raya – sebuah kelab mahasiswa luar negara yang mesra kepada parti Bersatu di bawah Exco Antarabangsa Armada Nasional sebelum ini telah berjaya ditubuhkan di sembilan buah negara dan sepatutnya akan ditubuh lagi di dua buah negara iaitu di Belgium dan Australia namun terbantut setelah Wan Fayhsal mengambilalih tampuk kepimpinan Armada Nasional.

“Malah Kelab Bunga Raya juga telah dikuburkan sepenuhnya kerana kononnya beliau ingin menubuh satu persatuan mahasiswa yang baru namun sehingga ke hari ini bayang kelab atau persatuan masih lagi tidak kelihatan, nama pun belum difikirkan.

“Ianya jelas satu bentuk kerugian yang nyata kepada Armada dan parti Bersatu apatah lagi apabila undi 18 akan dilaksanakan kelak dan beliau masih lagi terpinga-pinga dan khayal dengan kedudukan dan jawatan selaku seorang senator dan timbalan menteri seolah olah jawatan itu akan kekal abadi.

Syaiful menasihati Wan Fayhsal supaya muhasabah dan segera bergerak pantas dalam memperkasakan kembali Armada.

“Sudah sampai masanya beliau terkejut dari tidur yang lena dan segera menunaikan kewajipan untuk membantu memulihkan semula sokongan yang semakin layu kerana kita tidak mahu kita hanya menunggu sokongan turun dari langit tanpa berbuat apa-apa,” katanya. MG

Armada dibawah Wan Fayhsal gagal – Armada Bersatu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker