Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan



Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan

Pemergian penyanyi Siti Sarah ke rahmatullah masih lagi dirasai peminat apatah lagi buat suami, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu.

Terbaru, usahawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida ada mengadakan sambutan hari lahir anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al Qarni kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini.

Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Membahasakan dirinya sebagai Mama Vida, sedutan video tersebut memperlihatkan anak-anak Shuib begitu mesra dengan usahawan kosmetik itu.




Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial DS Vida memuji sifat keibuan yang ditonjolkan dalam usaha menceriakan Uwais dan juga adik-adiknya yang lain.

Ada juga komen-komen nakal yang berharap supaya Vida berjodohan dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anaknya.

Tidak kurang juga yang mengusik supaya mendapatkan restu daripada anak DS Vida iaitu Cik B sebelum berjodohan dengan Shuib. Bn

Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.