Malaysia satu-satunya negara miliki pelan antirasuah lima tahun

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai pelan antirasuah bagi tempoh lima tahun, kata Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan.

Beliau berkata, sepanjang kajiannya mengenai Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan pada 2019, tiada negara lain mempunyai pelan sedemikian untuk tempoh yang sama dalam semakan beliau.

“Ini adalah pelan yang baik, daripada 115 inisiatif yang digariskan semasa pelancarannya, kira-kira 25 telah dicapai, dan semasa semakan separuh penggal beberapa inisiatif baharu turut telah dimasukkan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Rasuah dan Integriti: Di manakah Kita?’ terbitan Bernama TV malam Rabu.

Muhammad berkata, dalam memastikan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan dilaksanakan di semua kementerian dan agensi kerajaan pihaknya mengesyorkan pelan berkenaan diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Beliau berkata, KSN selaku orang nombor satu dalam sistem perkhidmatan awam negara mampu memastikan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan turut dilaksanakan oleh ketua setiausaha di peringkat kementerian.

“Dengan KSN sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pelan ini, TI-M berharap pelaksanaan pelan ini akan dimasukkan sebagai salah satu petunjuk prestasi utama ketua-ketua di kementerian dan agensi kerajaan, pelan ini sesuatu yang cantik dan ia tidak boleh disia-siakan” katanya.

Selain itu, Muhammad berkata, masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap jenayah rasuah yang sebelum ini dilihat sebagai jenayah yang tidak berat berbanding jenayah seperti membunuh dan merompak.

“Penerangan terhadap bahaya jenayah rasuah perlu dilakukan dengan cara yang lebih dekat dengan jiwa rakyat seperti penggunaan contoh-contoh seperti berapa buah sekolah atau hospital dapat dibina dengan jumlah kerugian yang ditanggung akibat rasuah,” katanya. – Bernama

Malaysia satu-satunya negara miliki pelan antirasuah lima tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pornografi: Rakyat Malaysia paling ramai layan ketika PKP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker