Kanser Elyana sudah hilang

Kanser Elyana sudah hilang

Setelah 11 tahun menderita kanser limfoma tahap empat, penyanyi Elyana akhirnya menarik nafas lega apabila kanser tersebut disahkan hilang dari badannya.

Berita yang cukup menggembirakan itu dikongsikan penyanyi itu sendiri menerusi satu entri di Instagramnya baru-baru ini.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang!

“Alhamdulillah ya Allah, terima kasih ya Allah, kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat. Saya sayang kamu ya Allah,” tulisnya.

Elyana disahkan menghidap kanser berkenaan sejak tahun 2010.

Penyanyi lagu Kalis Rindu itu menggemparkan dunia hiburan tempatan apabila mengumumkan tentang kanser yang dihidapinya itu ketika tersingkir dari program hiburan terbitan Astro Ria, Gegar Vaganza pada 2017.

Dalam pada itu, Elyan dihujani doa dan ucapan dari rakan artis termasuk Betty Rahmad, Ziela Jalil, Min Yasmin dan ramai lagi.

Turut mendoakan adalah pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang menulis di ruangan komen.

“Allahuakhbar. Syukur ya Allah. Saya sangat gembira untuk kamu adik,” tulisnya. Utusan

Kanser Elyana sudah hilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker