Juruterbang rakam kelibat 12 UFO

Pada permulaan video, kelihatan sembilan cahaya bergerak yang dipancarkan dari kumpulan UFO tersebut dan kemudiannya bertambah menjadi 12 cahaya. – The Sun

WASHINGTON  – Satu rakaman video dari kokpit sebuah pesawat yang memaparkan sekumpulan objek terbang tidak dikenali (UFO) terbang di sebalik awan menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan video yang dirakam seorang juruterbang itu, terdapat 12 UFO sedang terbang dalam formasi sebelum hilang secara tiba-tiba di sebalik awan ketika melintasi Lautan Pasifik pada ketinggian 11,887 meter dari paras laut.

Pada permulaan video, kelihatan sembilan cahaya yang sedang bergerak  dan kemudiannya bertambah menjadi 12 cahaya.

“Saya tidak tahu apakah objek itu. Ia adalah suatu objek terbang dan kelihatan amat aneh,” kata juruterbang  dalam rakaman itu.



UFO dirakam mengelilingi letusan gunung berapi

Tidak lama kemudian, kedengaran juruterbang berkenaan menyebut perkataan ‘hilang’ ketika kesemua UFO itu hilang dari pandangan.

Klip video berkenaan dikongsikan di media sosial dengan ramai netizen berpendapat bahawa ia merupakan rakaman UFO terbaik dan hebat setakat ini.



Bagaimanapun, terdapat beberapa pengguna yang menganggap cahaya-cahaya tersebut sebagai  letupan misil anti peluru berpandu yang ditembak dari pesawat perang. – Agensi

Juruterbang rakam kelibat 12 UFO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Lelaki tidak sedar rakam gambar UFO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker