Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?

Sebaran :

Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?

Puad: Sanusi MB Kedah paling loklak – dulu, kini dan selamanya

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi hari ini mengkritik tingkah laku Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai menteri besar yang paling “loklak.”

Berdasarkan loghat Utara, “loklak” bermaksud tidak beradab.



“Baik lagi KM (ketua menteri) Pulau Pinang dari MB Kedah. Ramai kata, dulu, kini dan selamanya MB paling ‘loklak’ ialah MB Kedah sekarang.

“Bahasanya, sikapnya dan tingkah lakunya semua loklak. Tak padan dengan nama partinya PAS. Kaki gaduh,” tulis Puad di Facebooknya.

Bagaimanapun, dalam tulisan ringkas itu, Puad tidak menyatakan secara khusus berhubung isu sebenar yang dimaksudkannya.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Puad untuk mendapatkan penjelasan mengenai hantarannya itu.



Meskipun begitu, rata-rata daripada warganet meninggalkan komen yang mengaitkan “perang” media sosial antara Sanusi dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sebelum ini saling berbalas kenyataan berhubung bola sepak.

Sebelum isu, Sanusi juga menimbulkan beberapa kontroversi kerana pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan kegiatan judi nombor ekor dengan Pulau Pinang.

Kenyataan itu bagaimanapun ditegur oleh Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor. Dia memohon maaf dan menjelaskan ia bukan bermaksud untuk menghina Pulau Pinang.

Awal tahun ini pula, terdapat perbalahan antara Sanusi dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow apabila Sanusi dilaporkan tidak menolak kemungkinan membawa isu tuntutan bayaran caj air mentah terhadap Pulau Pinang ke mahkamah jika masalah itu tidak selesai. Mk



Sanusi: Ada siapa tahu Puad Zarkashi ada di planet mana?

Usikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi disambut oleh Muhammad Sanusi Md Nor – yang disifatkannya sebagai menteri besar paling loklak.

Sanusi ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas panjang tetapi sempat membidas Puad kerana menghentamnya hari ini.

“No (tiada) komen! Puad ini objek yang tidak berada dalam radar politik pada ketika ini.

“Ada sesiapa tahu dia berada di planet mana?” sindir Sanusi. Mk

Sanusi loklak, Puad pula ada di planet mana?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Gelagat Sekumpulan Lelaki Keluarkan Mayat Rakan Dari Keranda Untuk Dibawa Berjalan [VIDEO]

Try It! This Tunnel Leads You On A Hike With A Scenic View Of Malaysia’s Tallest Highway [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *