299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar

Seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing, manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan. (Gambar Facebook Traffic Crew)

PETALING JAYA: Polis menahan 299 individu termasuk 110 wanita ketika sedang leka menjalankan aktiviti parti liar selepas melakukan serbuan di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara malam tadi.

Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Nasri Mansor.

Menurut laporan Berita Harian, dalam serbuan pada 10.50 malam tadi, sebahagian wanita yang ditahan mengenakan pakaian bikini dan sedang leka menari, mandi di dalam kolam serta berhibur.

Seramai 299 yang ditahan terdiri daripada 158 lelaki dan 55 wanita warga asing, manakala 31 lelaki dan 55 wanita lagi adalah warga tempatan yang terbabit dalam kegiatan parti liar sejak pukul 4 petang itu.

(Gambar Facebook Traffic Crew)

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur juga turut menjalankan ujian air kencing bagi memastikan semua individu yang menyertai parti berkenaan terbabit dalam penyalahgunaan dadah atau sebaliknya.

Difahamkan, setiap individu dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti liar yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan menyediakan minuman keras dan makanan ringan.

299 individu ‘kantoi’ kolam renang jadi ‘port’ parti liar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mengapa Mahathir, Muhyiddin bisu mengenai dakwaan suami Zeti terima dana 1MDB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker