TBB2030 kesinambungan agenda Bumiputera terdahulu – Ismail

Sebaran :

TBB2030 kesinambungan agenda Bumiputera terdahulu – Ismail

Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) yang dilancarkan hari ini akan berperanan memastikan kesinambungan kepada dasar dan inisiatif pemerkasaan Bumiputera terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata TPB2030 menggariskan strategi jelas melalui program pembangunan dan inisiatif yang diselaraskan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) serta didukung oleh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang terangkum dalam konteks Keluarga Malaysia.

“TPB2030 mengenal pasti enam sasaran utama untuk dicapai menjelang 2030. Sasaran ini bakal dicapai melalui tujuh Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA), yang terdiri daripada pertanian dan komoditi, ekonomi digital, halal dan makanan, kewangan Islam 2.0, pengangkutan dan mobiliti lestari, pembuatan serta pelancongan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan TBB2030, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Perdana Menteri berkata, Bumiputera perlu dibantu dengan cara baharu dan lebih berstruktur.

“Inklusif dari Perlis ke Sarawak hingga ke Sabah, termasuk golongan Bumiputera minoriti. Seperti yang saya sebut dahulu, tiada yang akan dibiarkan terpinggir,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata, semua pihak mesti mengambil iktibar daripada segala program Bumiputera yang sudah diusahakan selama ini tetapi masih gagal mencapai sasaran asal.



“Maka, dalam merencanakan TPB2030, pendekatan sesuai dengan abad ke-21 mesti diutamakan supaya kita tidak sekali lagi hanya gah dalam ucapan dan pelan atas kertas, tetapi tidak dapat merealisasikan keberhasilan yang mampu benar-benar mengubah nasib Bumiputera di negara ini.

“Kejayaan Bumiputera bukan hanya agenda Bumiputera semata-mata, tetapi akan membawa pulangan kepada negara secara keseluruhannya,” katanya. BH

TBB2030 kesinambungan agenda Bumiputera terdahulu – Ismail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *