Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer



WASHINGTON – Orang ramai berkemungkinan besar memerlukan suntikan  vaksin Covid-19 secara tahunan selama bertahun-tahun pada masa akan datang, kata ketua firma farmaseutikal Pfizer kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini,

Dr Albert Bourla berkata, beliau berpendapat suntikan berkala tersebut perlu untuk mengekalkan ‘perlindungan  tahap tinggi’ daripada jangkitan koronavirus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer itu bercakap kepada BBC sebelum kemunculan varian Omicron yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan dan juga menjelang pengumuman  London bahawa Britain telah menandatangani kontrak untuk membeli 54 juta dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech serta 60 juta dos Moderna pada tahun 2022 dan 2023.

Bourla berkata, Pfizer telah pun menghasilkan vaksin dinaik taraf  bagi menangani varian Beta yang juga pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Delta yang julung kalinya ditemui di India namun, kedua-dua vaksin itu tidak diperlukan.

Pfizer, katanya, kini berusaha untuk menghasilkan vaksin diperbaharui bagi menangani varian Omicron dengan dos tersebut dijangka siap dalam masa 100 hari.




Sementara itu, beberapa yayasan kesihatan global mendakwa bahawa Pfizer, BioNTech dan Moderna telah mengaut keuntungan daripada pandemik  dan ia adalah perbuatan tidak bermoral.

Pfizer menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$35 bilion (RM148 bilion) hasil daripada jualan vaksin pada tahun ini yang turut menyaksikan harga sahamnya melonjak tinggi

Bourla bagaimanapun menganggap isu syarikatnya mengaut keuntungan sebagai perkara biasa.

“Apa yang penting adalah berjuta-juta nyawa dapat diselamatkan,” katanya. – Agensi

Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Leave a Reply

Your email address will not be published.