Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain

Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia yang curiga selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama empat bulan kecewa apabila menemui wanita itu sedang bersekedudukan bersama seorang lelaki berstatus pegawai pemerintah, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Tedi itu ‘menangkap’ isterinya, WS sedang curang di sebuah rumah mewah milik pegawai pemerintah yang dikenali sebagai TK.



“Saya mencari dia (isteri), sehingga akhirnya saya melihatnya sedang berada di lapangan terbang bersama TK,’’ kata Tedi.

Setelah mengekori isterinya ke rumah TK, Tedi mengajak jiran di kawasan itu untuk mencekup mereka.

Kedua-dua mereka akhirnya ditangkap sedang berdua-duaan di dalam rumah tersebut. Setelah digesa, TK akhirnya memberikan akses kepada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk diperiksa polis.

Polis turut menemui beberapa helai pakaian dalam wanita sebagai bukti atas tuduhan bersekedudukan. K Online



Suami cekup isteri bersekedudukan bersama lelaki lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?



Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker